Diharap semua sihat wal-a'fiat hendaknye...dalam fikiran ni bersusun-susun ayat & berkobar-kobar nak update blog..tapi..nape lately bile dah buka blog sendiri...pastu tertengok blog yang lain..terus tunda nak updae kat blog sendiri..hehe..aduh..need to avoid this kind of attitute kan..ngak bagus :)
Tajuk entri kat atas ni rasa nya ramai yang dah biasa jumpe if kite search kat internet ni..solat sunat banyak sangat kan..antara kita mahu or tak mahu usaha ke arah mendapatkan pahala solat sunat dimana kalo kite tak buat tidak mendapat dosa tetapi jika kite buat bertambah pahala..syukur..dapatlah tampong-tampong memana bahagian ibadat kite seharian yang kurang sempurna kan...
Entri kali ni nak bagi info kite bersama mengenai solat-solat sunat sebelum dan selepas kite menunaikan solat fardu:
SOLAT SUNAT SEBELUM SOLAT FARDU :
Dilakukan untuk solat Subuh, Zohor, Asar & Isya'
SOLAT SUNAT SELEPAS SOLAT FARDU :
Dilakukan untuk solat Zohor, Maghrib & Isya'
Then
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
.........
# Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka.” � (Abi Daud dan at-Tirmizi)
# Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” – (at-Tirmizi)
# Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.
# Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.
# Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)
Ade sorang Hamba Allah di blog itu komen untuk memberitahu LAFAZ NIAT/NIAT UNTUK SOLAT SUNAT:
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Maghrib / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Maghrib / Isyak ) dua rakaat Selepasnya kerana Allah
P/S: Jika terdapat kesalahan pada info ini..sila tegur2 saya ye..terima kasih..yang baik itu datang dari Allah S.W.T manakala yang buruk itu datang dari diri saye...moga kite semua dapat mengamalkan amalan-amalan sunat termasuk diriku ini (n_n)
No comments:
Post a Comment