Tuesday, January 10, 2012

Ungu Feat Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


Ungu Feat Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah


P/S: Dedicated to Someone

Monday, January 9, 2012

Solat Sunat


Assalamualaikum w.b.t

Diharap semua sihat wal-a'fiat hendaknye...dalam fikiran ni bersusun-susun ayat & berkobar-kobar nak update blog..tapi..nape lately bile dah buka blog sendiri...pastu tertengok blog yang lain..terus tunda nak updae kat blog sendiri..hehe..aduh..need to avoid this kind of attitute kan..ngak bagus :)

Tajuk entri kat atas ni rasa nya ramai yang dah biasa jumpe if kite search kat internet ni..solat sunat banyak sangat kan..antara kita mahu or tak mahu usaha ke arah mendapatkan pahala solat sunat dimana kalo kite tak buat tidak mendapat dosa tetapi jika kite buat bertambah pahala..syukur..dapatlah tampong-tampong memana bahagian ibadat kite seharian yang kurang sempurna kan...

Entri kali ni nak bagi info kite bersama mengenai solat-solat sunat sebelum dan selepas kite menunaikan solat fardu:

SOLAT SUNAT SEBELUM SOLAT FARDU :

Dilakukan untuk solat Subuh, Zohor, Asar & Isya'

SOLAT SUNAT SELEPAS SOLAT FARDU :

Dilakukan untuk solat Zohor, Maghrib & Isya'

Then
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
.........

Ade terjumpa info tentang solat sunat ni dari blog http://ahmadzaki.wordpress.com iaitu

# Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka.” � (Abi Daud dan at-Tirmizi)

# Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” – (at-Tirmizi)

# Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.

# Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.

# Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)


Ade sorang Hamba Allah di blog itu komen untuk memberitahu LAFAZ NIAT/NIAT UNTUK SOLAT SUNAT:

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Maghrib / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Maghrib / Isyak ) dua rakaat Selepasnya kerana Allah


P/S: Jika terdapat kesalahan pada info ini..sila tegur2 saya ye..terima kasih..yang baik itu datang dari Allah S.W.T manakala yang buruk itu datang dari diri saye...moga kite semua dapat mengamalkan amalan-amalan sunat termasuk diriku ini (n_n)

Tuesday, January 3, 2012

26 tahun


Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Allah s.w.t…ku masih berpeluang lagi untuk menulis di blog areezdkk ni kan..hope semua sihat walafiat..hari ni cukupla umurku 26tahun..alhamdulillah..Allah masih memberi peluang kepada ku untuk bernafas dibumi ciptaanNya dan diberi kesempatan untuk ku memperbaiki serta menjadi hambaNya yang solehah..ameen…sudah 26 tahun ku bernafas dibumi pinjaman Allah ini..syukur

Dah makin meningkat usia, kene makin matang kan?hehe..hope dapat melakukan yang terbaik dalam hidup ini..memang satu ketika dulu ku pernah melalui bait2 pahit dan perit di dunia sementara ini..dosa bersilih ganti ku lakukan..syukran Ya Allah..Engkau memberi aku pertunjukMu dan menunjukkanku jalan yang benar…ALHAMDULILLAH…itu kata-kata tidak ternilai yang ku panjatkan kepada Allah S.W.T…satu persatu dosa itu ku tinggalkan..aku kini menempuh masuk ke diri yang baru..tidak lagi mahu seperti dulu…ini bukan azam baru yang baru untuk tahun baru ye..tahun baru adalah pada tanggal 1 Muharam 1433H…dimana akhir dan awal tahun di dalam calendar islam yang teristimewa untuk umat islam sahaja seluruh dunia…1.12012 ini merupakan tahun baru bagi semua orang kan..jadi hanya umum sahaja…itu pandangan masing-masing.. (n_n) Tapi tak kisah pun kite nak wat azam bila-bila pun kan..janji dengan niat kite melakukan azam itu untuk mendapatkan redha Allah S.W.T

Eh2..macam nak wat karangan dah ni..hehe…update ni pun nak hepi-hepikan blog je.yela nak mencatat sedikit kenangan di hari lahir…3 Jan 1986 : 8 Safar 1433 Hijrah..mudah-mudahan ku akan lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang, berusaha lebih gigih memperbaiki diri, betulkan ape yang patut dibetulkan..

”moga dapat menjadi Hamba Allah, Muslimah, Anak yang baik…mendapat kebahagiaan di dunia dan diakhirat..tetapi lebih banyak kea rah akhirat..ameen”..doakan ye sume..

Eh-eh….Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan hari lahir/hari jadi padaku..thanks sangat-sangat ye korang..jumpe lagi

p/s: positif…positif (n_n)