Wednesday, December 21, 2011

Positif


Assalamualaikum w.b.t

Ape khabar semua..diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat & cergas ye..ameen..dah agak lame blog ni tak diupdate setiap hari..idea nk menulis dalam blog tak ade....tapi insyaAllah..sometimes tu ade info or sesuatu nk di share...akan dikongsikan bersama ye..

tengok pada tajuk entri kali ni..berkaitan positif..ia selalu dikaitkan dengan positif diri seseorang tu..dari segi pemikiran dan pembawakan diri nye...diriku ini bukanlah seorang yang berfikiran positif sentiasa (banyak negative..huhu..tak suke)...sering dinasihati oleh my P.A..dah jenuh dah kot my P.A dok bagi semangat & tunjuk ajar ku sifu....hehe..tapi kenkadang tu..nan hado la masuk dalam pale otak ni..uhuk3...oppss...sori my P.A..

semalam ade berborak-borak sikit dengan my P.A..seronok sembang-sembang ngan die..coz banyak input yang diberi..antara yang menarik:

  • pertama
bangun pagi-pagi tu..tengok ke luar rumah...lihat pokok2 diluar..cube fikirkan macam mane pokok tu boleh tumbuh dengan sihat..makin hari makin besar...pokok kan perlukan cahaya..tengok pokok pun tahu bagaimana nak cari cahaya..pokok tu takde nak biarkan dirinye layu macam tu je..sebab pokok tu boleh hidup dengan mendapatkan cahaya matahari..mestila pokok tu akan condong ke arah cahaya kan..betul pun kan..jika pokok tu hanya kita dok siram je..tapi cahaya matahari ia tak cari..ia tak kan dapat membesar dengan sihat....pokok yang duduk je kat tanah tu pun boleh hidup dengan sihat..nape bukan kite manusia yang boleh bergerak & berfikir???btul tak??

  • kedua

elakkan la terlalu fikir benda-benda negatif & juga sebut benda-benda yang negatif ni..contohnye: 'kalaula aku fokus..mesti tak kan jd mcm ni'..elakkan pi guna perkataan "KALAU" terlalu banyak dalam ayat/hidup kite ni...jangan terlalu memikir benda yang dah lepas & benda di masa hadapan..ini kerana benda yang dh lepas tu memang dah berlalu dan kite tak kan boleh ulang balik mase yang lepas itu...dan tak payah dok takut sangat dengan masa yang akan datang kerana..kite memang tak tahu ape akan jadi pada future kite..jadi kite perlu berfikiran positif yang semuanya akan baik-baik saja kerana kita yakin pada Allah & banyakkan berdoa pada Allah s.w.t


  • ketiga

jangan terlalu memikirkan satu benda tu sampai sakit kepala..dan mula la rase pening kepala..huhu..ini selalu je terjadi kat diriku..sampai rase sakit dan sesak dada kan..huhu...tak suke keadaan macam ni..my P.A advised me supaya not to think a lot bout something..but try to calm down myself & take a deep breath...just rileks kan diri kita..tenangkan fikiran..positifkan benda negatif yang kite dok fikir tu..cube..tak cube kite takkan tahu :)


  • keempat

info ni aku dapat time google & terjumpe di blog ni..credit to here dan ini info nye..diambil dari pakar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah iaitu petua untuk menjadikan hati tenang:

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  10. Kekalkan wuduk
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
  14. Berkawan dengan ulama
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  16. Pesan pada orang, jadi baik
  17. Menjaga pacaindera


p/s: diriku pun dalam process memperbaiki mane yang patut..kerana hanya aku tahu diri ini bagaimana keadaannya & banyak sangat perlu diperbaiki..mudah2an Allah membantu diriku yang lemah & hina ini..ameen

p/s: thanks to my P.A for ur adviced (n_n)

Wednesday, December 7, 2011

HARI JUMAAT- HALAQAH (6.12.11-SELASA)


Assalamualaikum w.b.t

Sedikit info yang dapat diselitkan untuk kite semua mengenai indahnya Hari Jumaat, penghulu segala hari.

1. Setiap hari (Sabtu-Jumaat), kita pejamkan mata, letakkan tapak tangan kanan pada dada..ucapla "Aku mencintauMu Ya Allah, Aku merinduiMu Ya Allah"

2. Bacalah surah Yasin setiap malam dan pada hari jumaat, bacalah surah al-kahfi..

3. Pada hari jumaat, kita akan berasa tenang dan kemuncaknya apabila menunaikan solat jumaat. bagi lelaki, catatlah apa yang kite dapat semasa khutbah jumaat dan sharelah catatan yang dah ditulis kepada isteri & anak2.

4. Carilah titik doa mustajab di hari jumaat..ini bererti pada hari jumaat...perbanyakkanlah berdoa kepada Allah...insyaAllah..doa kita akan dimakbulkan Allah.

5. Hari jumaat merupakan hari kite akan recharge balik tenaga kite pada minggu itu...untuk kembali bertenaga & segar pada minggu berikutnya.

6. Elakkan berprasangka pada Allah kerana itu adalah tidak baik...jangan sesekali fikir tak elok pada Allah.

p/s: cube kite lihat perubahan yang terjadi pada kite (dari segi rezeki & kesihatan) bile kite mencari2 dan bersungguh berusaha mendapatkan keistimewaan hari Jumaat.

---sumber diambil dari rancangan Halaqah TV9..untuk lebih lanjut..bolehlah tengok rancangan halaqah ini---

Tuesday, December 6, 2011

Mesej


Assalamualaikum w.b.t

"Kadangkala..Hanya Beberapa Patah Perkataan Ringkas Yang Kita Ungkapkan, Mampu Mengguris Sekeping Hati Seorang Insan....Berfikir Sblm Berckp Bukannya Berfikir Selepas Terckp"

Sungguh bermakna quote di atas yang aku reka sendiri..sebabnya akulah salah seorang yang "ter" lakukan sikap itu..kite penah dengar orang berkata 'lidah manusia lebih tajam dari mata pedang'..aku pun tak sangka nape terjadi hal ini..hal apa? tak mengapa lah..biar aku aje yang tahu dan perbetulkan kembali..tak mahu lagi benda ini terjadi lagi kalau boleh..mujur insan itu sudi memaafkan...Alhamdulillah..